Pages

Wednesday 23 May 2012

PENGETUA SMK SERI CHENEH


EN. ABDULLAH BIN AWANG




          En. Abdullah bin Awang dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Jambu Bongkok, Marang, Terengganu pada 8 Disember, 1961. Anak ke-5 daripada 7 adik beradik, mendapat pendidikan awalnya di SK. Jambu Bongkok dari 1968-1973. Pendidikan menengah beliau bermula di SM Tengku Intan Zaharah, Dungun, Terengganu(1974-1976) dan SM Teknik Terengganu(1977-1978). Pendidikan tertiar(peringkat tinggi) beliau bermula dengan mengikuti program Diploma Sains Serta Pendidikan, UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur(1979-1982).          

           Seterusnya, dengan mendapat kelulusan cuti separuh gaji, beliau telah menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan(Fizik/Matematik) (1990-1992) di UTM Skudai Johor Baharu. Mempunyai isteri dan dikurniakan tujuh orang cahaya mata.Memulakan karier sebagai guru bukan siswazah  di SMK Ayer Puteh, Kemaman pada tahun 1982 hingga 1990. Bercuti separuh gaji menyambung pelajaran di peringkat ISM di UTM Skudai, sebaik sahaja tamat, ditempatkan semula bertugas di SMK Chukai Kemaman pada tahun 1992 hingga 2001.Pada 1995, mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang(APC-Melintang). Seterusnya, beliau telah ditukarkan ke SMK Sultan Ismail 2 sebagai Guru Kanan Mata Pelajaran Sains dari 2001hingga 2004. Kemudian dinaikkan pangkat sebagai GPK Pentadbiran di SMK Rantau Petronas pada tahun 2004 hingga 2007.

            Berikutan kekosongan, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pelajaran Daerah(Pengurusan Kurikulum Teknik & Vokasional) bermula 2007 hingga 2011. Akhirnya, sebaik  mendapat kenaikan DG48, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Pengetua SMK. Seri Cheneh, Kemaman, Terengganu bermula 1 Mac 2011 sempena sekolah baharu dibuka, sehinggalah sekarang.Sepanjang belum mencapai  dua tahun menjawat jawatan Pengetua di sekolah ini, pelbagai cabaran harus ditempuhi oleh beliau selaku orang baru dalam pengurusan sebuah organisasi pendidikan. 

           Cabaran berkenaan termasuk sebagai sekolah baru dibuka dengan warga murid yang agak lemah serta sederhana pencapaian akademiknya ditambah pula harapan ibubapa mereka. Walaubagaimanapun, beliau sangat yakin bahawa pengalaman amat penting dan berguna untuk pembangunan dan kemajuan organisasi disamping semangat setiakawan, kerjasama dan ‘team-works’ di kalangan warga kerja dan pendidik serta PIBG. InsyaAllah, ianya akan digarap dari masa ke semasa sebagaimana sepatutnya terutamanya selepas dilancarkan PPPM.  


3 comments:

  1. Andai dpt ku undur mse.😭😭😭rindunye..

    ReplyDelete
  2. kini hanya tinggal kenangan..mantan pengetua tetap dihati seorang boss berjiwa bapa kepada guru-guru muda dan anak-anak pelajar

    ReplyDelete