Pages

Wednesday 23 May 2012

UNIT GK KEMANUSIAAN


EN.BASRI MOHAMED


                                                              
                                                                 PENDAHULUAN

Perancangan tahunan Bidang Kemanusiaan dirangka  sebagai salah satu usaha yang berterusan serta kesungguhan pihak sekolah bagi merancang dan menyusun atur pelbagai program bagi mencapai visi dan misi sekolah.  Bidang Kemanusiaan adalah satu bidang yang berunsur kemanusiaan  yang di ajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 , melalui 6 matapelajaran kemanusiaan iaitu mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan seni, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan.  Bidang ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dengan memberi penekanan yang lebih menyeluruh.Hal ini  dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran Negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara pelaksanna yang produktif berlandaskan Bidang Kemanusiaan sejajar dengan dasar dan keperluan pelajar seterusnya mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing dalam arus perdana.


OBJEKTIF UMUM 
Kurikulum mata pelajaran Bidang Sains dan Matematik adalah untuk membolehkan murid :
  Membina minat dan kecenderungan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
       Menguasai pengetahuan dan kemahiran asas bagi membolehkan mereka menjawab soalan peperiksaan dengan baik
      Memupuk minat , daya usaha yang berterusan , kreatif dan inovatif dalam mencipta serta berani menceburkan diri dalam dunia pekerjaan nanti.


OBJEKTIF KHAS
1.      Meningkatkan peratusan pencapaian pelajar yang lulus dalam subjek Sains dan Matematik
2.      Meningkatkan kualiti gred pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM
3.      Meningkatkan kemahiran menjawab soalan peperiksaan
                
DISKRIPSI TUGAS

Mengakaji dan memahami sukatan pelajaran terkini dalam hubungan perkembangan kurikulum keseluruhannya
Menyelaras persediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian bagi semua guru
Memaklumkan kepada pengurusan sekolah sebelum mesyuarat panitia supaya dapat disertai oleh salah seorang  pengurusan sekolah
Melaksanakan aktiviti sekolah dengan berkesan
Betanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pelajar dalam mata pelajaran berkaitan
Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas(jika ada)dan alat-alat bagi mata pelajaran yang berkaitan dan Menyediakan peraturan penggunaannya.
Mengemaskini sistem fail yang ditetapkan.
Mengurus belanjawan tahunan berdasarkan peruntukan kewangan yang disediakan.
Menyelaras soalan-soalan ujian/peperiksaan peringkat sekolah dan membuat penilaian tentang keputusannya.
Menjalankan tugas-tugas lain berpandukan kerja cadangan jawatankuasa kurikulum daetrah dan negeri dan surat-surat yang diedarkan
Mengadakan pencerapan dan menyelia semakan buku latihan

   




0 comments:

Post a Comment