EN.BASRI MOHAMED
PENDAHULUAN
Perancangan
tahunan Bidang Kemanusiaan dirangka sebagai salah satu usaha yang berterusan serta
kesungguhan pihak sekolah bagi merancang dan menyusun atur pelbagai program
bagi mencapai visi dan misi sekolah.
Bidang Kemanusiaan adalah satu bidang yang berunsur kemanusiaan yang di ajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan
5 , melalui 6 matapelajaran kemanusiaan iaitu mata pelajaran Sejarah, Geografi,
Pendidikan Islam, Pendidikan seni, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan. Bidang ini digubal
berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan kebangsaan dengan memberi penekanan
yang lebih menyeluruh.Hal ini dirancang untuk meningkatkan lagi daya
pengeluaran Negara melalui penglibatan masyarakat dan tenaga kerja secara pelaksanna
yang produktif berlandaskan Bidang Kemanusiaan sejajar dengan dasar dan
keperluan pelajar seterusnya mampu melahirkan modal insan yang berdaya saing
dalam arus perdana.
OBJEKTIF UMUM
Kurikulum
mata pelajaran Bidang Sains dan Matematik adalah untuk membolehkan murid :
Membina
minat dan kecenderungan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih
tinggi
Menguasai
pengetahuan dan kemahiran asas bagi membolehkan mereka menjawab soalan
peperiksaan dengan baik
Memupuk
minat , daya usaha yang berterusan , kreatif dan inovatif dalam mencipta serta
berani menceburkan diri dalam dunia pekerjaan nanti.
OBJEKTIF KHAS
1. Meningkatkan
peratusan pencapaian pelajar yang lulus dalam subjek Sains dan Matematik
2. Meningkatkan
kualiti gred pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR dan SPM
3. Meningkatkan
kemahiran menjawab soalan peperiksaan
DISKRIPSI TUGAS
Mengakaji dan memahami sukatan pelajaran terkini dalam hubungan
perkembangan kurikulum keseluruhannya
|
Menyelaras persediaan rancangan pengajaran tahunan dan harian bagi
semua guru
|
Memaklumkan kepada pengurusan sekolah sebelum mesyuarat panitia
supaya dapat disertai oleh salah seorang pengurusan sekolah
|
Melaksanakan aktiviti sekolah dengan berkesan
|
Betanggungjawab meningkatkan mutu dan prestasi pelajar dalam mata
pelajaran berkaitan
|
Menjaga keselamatan dan kebersihan bilik-bilik khas(jika ada)dan
alat-alat bagi mata pelajaran yang berkaitan dan Menyediakan peraturan
penggunaannya.
|
Mengemaskini sistem fail yang ditetapkan.
|
Mengurus belanjawan tahunan berdasarkan peruntukan kewangan yang
disediakan.
|
Menyelaras soalan-soalan ujian/peperiksaan peringkat sekolah dan
membuat penilaian tentang keputusannya.
|
Menjalankan tugas-tugas lain berpandukan kerja cadangan jawatankuasa
kurikulum daetrah dan negeri dan surat-surat yang diedarkan
|
Mengadakan pencerapan dan menyelia semakan buku latihan
|
0 comments:
Post a Comment